Thursday, 9 June 2011

Teknologi cahaya kunang-kunang

Kecanggihan dan kehebatan teknologi cahaya pada kunang-kunang(kelip-kelip) masih tidak dapat ditandingani hingga ke hari ini. Lampu yang dihasilkan oleh kunang-kunang amat efisyen dan optimum, iaitu 98% tenaga cahaya dan hanya 2% tenaga haba. Sebaliknya lampu ciptaan manusia hanya mengeluarkan kira-kira 5% tenaga cahaya dan selebihnya 95% tenaga haba yang dibazirkan. Lampu pada kunang-kunang juga tidak menjadi panas sebaliknya tetap berkeadaan sejuk.
Siapakah yang telah mencipta kunang-kunang dengan teknologi canggih sedangkan pada ketika itu manusia masih meraba di dalam kegelapan dan kepekatan malam. Siapakah pula yang telah mencipta kehebatan unta lalu diambil manfaat oleh manusia bagi menghasilkan volkswagen, kehebatan pepatung bagi menghasilkan helikopter, kehebatan burung bagi mengilhamkan kapal terbang dan sebagainya lagi.
Apakah ini semuanya hanya sekadar hasilan dari teori evolusi Darwin dan berbagai teori evolusi yang lain?
Jawabnya, tidak logik!
Kecanggihan teknologi cahaya kunang-kunang mematahkan teori evolusi Darwin dan mengesahkan keujudan TUHAN yang mencipta kunang-kunang tersebut. Inilah kebesaran ciptaan Tuhan.
Allah Maha Besar....

2 comments:

  1. ALLAHHUAKBAR...Sesungguhnya Allah menetahui segalanya.

    ReplyDelete
  2. ALLAHHUAKAR...ALLAH MAHA PENCIPTA SEKIAN ALAM...DIA BERHAK MENCIPTA SEGAL-GALANYA....SEGALA-GALA PUJIAN KITA TERHADAPNYA...INDAH SUNGGUH CIPTAAN ALLAH...

    ReplyDelete